Sekitar Majlis Pelancaran Kleen Diesel W20, iaitu produk emulsi diesel khusus untuk aktiviti penyemburan serangga seperti nyamuk (fogging) yang berupaya mengurangkan pencemaran udara sehingga 88 peratus.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Datuk Norhalim Yunus di Kilang MN Fuel Solutions Sdn Bhd di Petaling Jaya hari ini.

Pengarah Urusan MN Fuel Solutions, Marizan Nor Basirun berkata pihaknya mengambil masa lebih lapan tahun dalam penyelidikan dan pembangunan produk yang terbukti efektif dengan kos yang jauh lebih rendah, yang kini mendapat permintaan menggalakkan daripada pihak berkuasa tempatan.